surau al musawwir SKSA

SURAU AL MUSSAWIR


PENAMAAN SURAU

Pada tahun 2018, pihak sekolah bersama  Panitia Pendidikan Islam telah memutuskan  untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ASISS 2018.  Tujuan nya adalah untuk menaiktaraf surau sekolah dan mengimarahkannya. Dalam masa yang sama ,penglibatan ini dapat membuka mata seluruh warga sekolah dan sekitarnya.

Dengan semangat dorongan dan bantuan serta idea dari para tenaga pengajar yang terlibat serta Guru Besar iaitu Puan Che Norizam bte Abdullah, Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik dengan anjuran Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pertandingan menamakan surau beserta huraiannya. Pertandingan ini dijalankan selama sebulan iaitu dari 7 Mei hingga 7 Jun 2018. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga sekolah dan penglibatan dari kalangan guru adalah sangat memberangsangkan

Pada 7 Jun 2018, pihak  panel penilai yang terdiri dari kalangan pentadbir, Ketua Panitia Pendidikan Islam, dan juga Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu Tuan Haji Zainuddin Bin Othman telah mengadakan perbincangan untuk memilih nama- surau yang terbaik dari borang-borang pencalonan yang telah dihantar. Seramai 8 orang guru telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.  Akhirnya pihak panel penilai telah bersetuju dengan nama AL MUSAWWIR. 

AL MUSAWWIR

AL MUSAWWIR bermaksud “Pembentuk” yang dihuraikan sebagai  pembentukan sahsiah dan peribadi muslim yang beriman untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT di dunia dan di akhirat. 




OBJEKTIF

Pemilihan nama al Musawwir adalah berobjektifkan

1.      Mematuhi perintah Allah SWT supaya mendirikan, membangunkan dan mengimarahkan rumah Allah untuk tujuan beribadah dan membesarkan Allah SWT.

2.      Sebagai pusat permuafakatan untuk semua warga SKSA menunaikan  solat dan program sekolah anjuran sekolah dan Panitia Pendidikan Islam.

3.      Sebagai pusat mengeratkan hubungan silaturrahim, ukhuwah dan mahabbah  (kasih sayang) dalam kalangan warga SKSA.


4.      Sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu khususnya ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah.




MOTO

“BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK, BERBAKTI”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini