Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

surau al musawwir SKSA

Imej
SURAU AL  MUSSAWIR PENAMAAN SURAU Pada tahun 2018, pihak sekolah bersama  Panitia Pendidikan Islam telah memutuskan  untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ASISS 2018.  Tujuan nya adalah untuk menaiktaraf surau sekolah dan mengimarahkannya. Dalam masa yang sama ,penglibatan ini dapat membuka mata seluruh warga sekolah dan sekitarnya. Dengan semangat dorongan dan bantuan serta idea dari para tenaga pengajar yang terlibat serta Guru Besar iaitu Puan Che Norizam bte Abdullah, Sekolah Kebangsaan Seri Anggerik dengan anjuran Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan pertandingan menamakan surau beserta huraiannya. Pertandingan ini dijalankan selama sebulan iaitu dari 7 Mei hingga 7 Jun 2018. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga sekolah dan penglibatan dari kalangan guru adalah sangat memberangsangkan Pada 7 Jun 2018, pihak  panel p enilai yang terdiri dari kalangan pentadbir, Ketua Panitia Pendidikan Islam, dan juga Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu Tu